Sunday, February 05, 2012 / 4:41 PM
dia...
aku macam dah tak kenal siapa dia . aku dah tak tahu ape perkembangan dari dia . aku ni siapa sekarang di matanya ? entahlah . hanya sekadar teman untuk lepaskan rase bosan ke ? atau si lain yang telah manakluk hati dia ? aku pon tak tahu . tiap hari , bila aku terfikirkan balik , bukan niatku untuk mengeluarkan air mata . namun , akhirnya aku tewas jua . siapalah aku hendak di bandingkan di sisinya sekarang . mungkin die telah berasa bosan terhadapku . aku menerimanya .
kalau dia mahu pergi dariku, aku sedia undur diri . kerana aku tidak mahu cinta yang kosong . aku tidak mahu jadi batu penghalang kepada minat dia atau orang lain yang telah menakluk hatinya . aku tidaklah sekejam sebegitu . hendak dibandingkan dengan setiap titis air mataku yang kian jatuh ? siapa yang lagi sakit ? siapa yang sering menanggung rasa itu ? aku . akulah orangnya . mungkin sekarang semuanya sudah berubah .
dan mungkin sekarang aku bukanlah inspirasinya, mungkin sekarang aku bukanlah idamannya , mungkin sekrang aku bukanlah orang tersayangnya . ini semua sudah menjadi anggapanku . aku akan meneruskan anggapan sebegini selagi tiada orang yang perbetulkannya . aku tidak akan memulakannya selagi tiada orang yang akan memulakannya . adakah aku yang berubah ? cube tanya diri sendiri . tanya dari sudut hati . ingatkan kembali keadaan kita antara dulu dengan yang sekarang .
mungkin aku bukan yang terbaik untuk dia . mungkin akulah orang yang selalu menyusahkannya . kenapalah aku perlu membebaninya sedangkan dia boleh bebas . bebas membuat apa saja . aku . akulah pasangan yang teruk . akulah yang bodoh ! yang tak reti nak bertenang . yang hanya tahu menyimpan harapan sahaja . kan ? harapan yang diberi oleh dia. ya, mungkin akulah punca yang dia harus tahu . dia harus sedar bahawa aku patut disingkirkan .adakah sebegitu ? uh , hanya diri sendiri yang tahu jawapannya .
subahanallah , siapalah aku yang mahu menilai semua ini . aku bukanlah permaisuri untuk dirinya . harapan yang dulu masih tidak terlaksana . Ya Tuhan, tolonglah aku . aku ini insan yang lemah . tewas dek perasaan . panas mataku hendak menampung air mata ini . mungkin tiada yang memahaminya . tetapi aku tahu bahawa Hanya Engkau sahaja Yang Maha Mengetahui Ya Rabb . berilah aku petanda jika perasaannya kian berubah . berilah aku petanda jika perasaannya terhadapku kian kosong . berilah aku petanda jika dia sudah tidak menyayangiku .
tiap hari aku menunggu dirinya . namun hampa yang acap kali aku terima . perkataan SABAR sahaja yang mampu aku sematkan . tiada yang lain . aku cuma hidup dalam memoir antara aku dengan dia . bukan dalam realiti . mustahilkah untuk membuatnya dalam realiti ? susahkah ? bebankah ? ouwh , aku lupa . aku ini hanyalah membebani dirinya . Ya Allah.......peritnya hatiku .....
aku berasa banyak sangat jurang antara diriku dengan dia . terlalu jauh . mendengar khabarnya pon jarang sekali . inikan panggilan telefon ? uh , dapat dibilang berapa kali . sepanjang cuti ni, aku cuma hidup dalam duka . dia seperti bukan dirinya . dulu dia sering mencari insiatif , risau akan diriku , tetapi sekarang ? semua itu sudah lenyap . aku bukanlah orang yang teratas carta hatinya sekarang , mungkin.
hati permpuan ni lembut . 1001 perasaan terselam di dalam lubuk hatinya . jika seorang perempuan itu menyayangi pasangannya , tiada siapa dapat menandinginya . jika seorang perempuan itu merindui pasangannya , tiada siapa yang dapat menandinginya . tolonglah , tidak bolehkah wahai si dia fikirkan tentang akan perasaannya itu ? bukan simpati yang diminta, bukan wang, harta , atau sebagainya . hanya sebuah kasih sayang yang ikhlas, kesetiaan dan cinta yang sejati . aku percaya , ini juga yang diidamkan oleh semua wanita .
kadang-kadang , aku cemburu melihat kasih sayang orang lain . kadang-kadang, aku iri hati akan pasangan yang saling menyayangi . aku? hm...aku ibarat dah tiada apa-apa . aku kosong . terasa kosong sangat . dia mengambil berat akan hal orang lain . uh , tak mengapa .........asalkan .....die bahagia.........aku redha...aku pasrah ...mungkin itu yang menjadi kehendaknya . tidak mengapa jika air mata yang hanya menjadi penemanku ,asalkan die bahagia dengan apa yang dia buat .
mungkin aku sudah terbiasa dengan semua ini . terlalu biasa . sampaikan si dia sudah tidak kisah akan apa yang aku rasa , kan ? mungkin di matanya, aku kuat , mungkin di matanya aku jenis seorang yang tidak mengambil kisah . ketahuilah , diri perempuan yang sebenar-benarnya disebaliknya . hatinya memberontak, meronta-ronta . tetapi tiada siapa yang kisah . bila die mengucapkan lafaz sayang, die benar-benar memaksudkannya . bile die mengucapkan lafaz rindu , die benar-benar merinduimu . dan pabila die mengucapkan kata-kata sedih , die ingin kamu di sisinya . menenangkan hatinya . memerlukan tindakan dari dia .
mungkin terlalu sukar untuk dia memhaminya . sekali lagi , aku hanya mampu bersabar . kata orang , jika kita benar-benar menyayangi seseorang itu , tiada perkataan 'tiada masa' untuk meluangkan masa dengannya . tetapi aku lain . aku dan dia sering disebaliknya . aku akan hanya terus menunggu . cuma itu yang hanya aku mampu buat . subhanallah.............tabahkan hatiku :'(
sakit hatiku bila harapan tidak terlaksana . sudahlah , aku tidak mahu mengharap apa-apa daripada dia sekarang . aku ini hanya cuma menyusahkannya sahaja . aku tahu , aku bukan yang terbaik untuk dia . aku tiada hak untuk mengahalang dia daripada menyukai orang lain . aku bukanlah isterinya yang sah lagi . aku belum lagi sampai ke tahap itu . mungkin die lagi bahagia di sana . bahagia dengan kawan-kawannya , dengan saudara-mara nya , sepupunya, keluarganya atau yang lain . aku tak kuat , aku pasrah ...aku redha ..aku tak layak.....aku tak mampu..aku bukanlah orang yang teratas di hatinya......mungkin aku tidak layak untuk berada di sisinya....kalau betul lah dia tercipta untukku , pasti Allah beri yang selayak-layaknya . kan ? Allah maha adil . uh...............